Selasa, 10 Februari 2009

SEJARAH SK PAYA BUNGOR

Sekolah Kebangsaan Paya Bungor ini sebelumnya di panggil Sekolah Melayu Ulu Lepar. Sekolah Melayu Ulu Lepar mula dibuka pada 5 Mei 1925. Ia terletak di Bekelah berhampiran dengan Sungai Berkelah iaitu 7 kilometer dari Kampung Paya Bungor.

Bilangan pelajar pertama sekolah ini lebih kurang 29 orang.Guru Besar pertama sekolah ini ialah En Abd Rahman Bin Hj Muhammad. Bangunan ini telah dihanyutkan oleh banjir besar pada tahun 1927 dan satu lagi bangunan baru telah dibina dan dirikan di Keledang berhampiran dengan Sungai Lepar bagi mengantikan banguan yang telah dihanyutkan oleh banjir. Pada tahun 1927, pelajar perempuan mula diterima belajar iaitu seramai 6 orang.

Pada zaman pemerintahan zaman Jepun, sekolah ini berjalan seperti biasa setelah ditutup untuk hampir 2 tahun. Ia dibuka semula pada 1 Oktober 1943. Guru Besar pada masa itu ialah En Wan Abd Rahman b. Wan Abd Rashid.
Bangunan di Keledang dipindahkan ke Paya Bungor dengan kerjasama daripada penduduk tempatan sejauh 6 kilometer. Sekolah ini ditutup semula pada zaman darurat dan dibuka semula pada Tahun 1951. Guru Besarnya pada masa itu ialah En. Sulaiman b. Mat Tia. Beliau telah menukar nama sekolah ini kepada “ Sekolah Kebangsaan Paya Bungor”. Nama ini diambil bersempena sejenis nama pokok yang banyak terdapat di paya –paya dalam kampung ini iaitu ‘Pokok Bungor’.

Pada Tahun 1968, sekolah ini telah mendapat satu lagi bangunan baru menggantikan bangunan Tahun 1927 yang dipindahkan dari Keledang.

Kini, Sekolah Kebangsaan Paya Bungor mempunyai 2 bangunan satu tingkat dan satu blok bangunan 4 tingkat. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti makmal ICT, pusat sumber sekolah, koperasi, bangunan pra – sekolah, surau, bilik kesihatan, bilik j–QAF dan lain –lain lagi yang dapat memberi kemudahan yang selesa kepada murid-murid dan warga SK Paya Bungor keseluruhannya..

SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SINI.


1.En. Abd Rahman bin Hj Muhammad(15.05.1925 - 1927)
2.En. Ahmad bin Osman(1927 – 30.04.1935)
3.En. Ismail bin Abdullah(01.05.1935 – 12.12.1937)
4.En. Wan Abdul Rahman bin Abd. Rashid(13.12.1937 – 31.12.1949)
5.En. Mohamad bin Yunus(01.05.1950 – 13.08.1950)
6.En Sulaiman bin Mat Tia(15.05.1951 – 11.01.1961)
7.En. Mohd Salleh bin Hassan(12.01.1961 – 03.08.1962)
8.En. Shamsuddin bin Ibrahim(16.01.1963 – 31.01.1967)
9.Tn Hj Sulaiman bin Hj Mat Tia(01.02.1968 – 31.12.1978)
10.Tn. Sheikh Omar bin Sheikh Osman( 01.01.1979– 31.12.1979)
11.En. Abu Bakar bin Zainal Abidin(01.01.1980 – 31.06.1983)
12.En. Bahar bin Mohd Salim(12.09.1983 – 15.10.1987)
13.En. Omar bin Merhali(16.10.1987 - 15.09.1992)
14.En. Said bin Tok(16.09.1992 - 15.05.1995)
15.En. Ismil bin Hj Muhammad(16.05.1995 – 15.08.1997)
16.En. Riza b. Hj Mohamad Shah(16.08.1997-15.04.2003)
17.En. Ismil bin Hj Muhammad(16.04.2003 - sekarang)

'JASAMU AMAT DIHARGAI'

6 ulasan:

  1. Sk Paya Bungor, penuh dengan kenangan dan kegemilangan....

    BalasPadam
  2. Sk Paya bungor, penuh kenangan dan kegemilangan....

    BalasPadam
  3. sk paya bungor, penuh kenangan dan kegemilangan...2005-2009

    BalasPadam
  4. Selama 10 tahun aku di sekolah ini. MasyaAllah..
    terlalu banyak kenangan mani dan pahit. Guru silih bertukar ganti. Setiap orang ada perangai sendiri. Ada tabiat sendiri. Yang bestnya diorang semua satu kepala ( macam 1 Malaysia juga la..).
    Tu yang buat aku bertahan di sekolah ni..

    BalasPadam
  5. SK Paya Bungor,my 1st posting-Jun2009,til now..lovU SKPB!

    BalasPadam
  6. GB cikgu Ismil adalah guru English saya pada sessi 1980-1983...Tahniah cikgu ...sekarang dah HM!!!! Jasamu dikenang...

    BalasPadam