Selasa, 10 Februari 2009

SEJARAH SK PAYA BUNGOR

Sekolah Kebangsaan Paya Bungor ini sebelumnya di panggil Sekolah Melayu Ulu Lepar. Sekolah Melayu Ulu Lepar mula dibuka pada 5 Mei 1925. Ia terletak di Bekelah berhampiran dengan Sungai Berkelah iaitu 7 kilometer dari Kampung Paya Bungor.

Bilangan pelajar pertama sekolah ini lebih kurang 29 orang.Guru Besar pertama sekolah ini ialah En Abd Rahman Bin Hj Muhammad. Bangunan ini telah dihanyutkan oleh banjir besar pada tahun 1927 dan satu lagi bangunan baru telah dibina dan dirikan di Keledang berhampiran dengan Sungai Lepar bagi mengantikan banguan yang telah dihanyutkan oleh banjir. Pada tahun 1927, pelajar perempuan mula diterima belajar iaitu seramai 6 orang.

Pada zaman pemerintahan zaman Jepun, sekolah ini berjalan seperti biasa setelah ditutup untuk hampir 2 tahun. Ia dibuka semula pada 1 Oktober 1943. Guru Besar pada masa itu ialah En Wan Abd Rahman b. Wan Abd Rashid.
Bangunan di Keledang dipindahkan ke Paya Bungor dengan kerjasama daripada penduduk tempatan sejauh 6 kilometer. Sekolah ini ditutup semula pada zaman darurat dan dibuka semula pada Tahun 1951. Guru Besarnya pada masa itu ialah En. Sulaiman b. Mat Tia. Beliau telah menukar nama sekolah ini kepada “ Sekolah Kebangsaan Paya Bungor”. Nama ini diambil bersempena sejenis nama pokok yang banyak terdapat di paya –paya dalam kampung ini iaitu ‘Pokok Bungor’.

Pada Tahun 1968, sekolah ini telah mendapat satu lagi bangunan baru menggantikan bangunan Tahun 1927 yang dipindahkan dari Keledang.

Kini, Sekolah Kebangsaan Paya Bungor mempunyai 2 bangunan satu tingkat dan satu blok bangunan 4 tingkat. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti makmal ICT, pusat sumber sekolah, koperasi, bangunan pra – sekolah, surau, bilik kesihatan, bilik j–QAF dan lain –lain lagi yang dapat memberi kemudahan yang selesa kepada murid-murid dan warga SK Paya Bungor keseluruhannya..

SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SINI.


1.En. Abd Rahman bin Hj Muhammad(15.05.1925 - 1927)
2.En. Ahmad bin Osman(1927 – 30.04.1935)
3.En. Ismail bin Abdullah(01.05.1935 – 12.12.1937)
4.En. Wan Abdul Rahman bin Abd. Rashid(13.12.1937 – 31.12.1949)
5.En. Mohamad bin Yunus(01.05.1950 – 13.08.1950)
6.En Sulaiman bin Mat Tia(15.05.1951 – 11.01.1961)
7.En. Mohd Salleh bin Hassan(12.01.1961 – 03.08.1962)
8.En. Shamsuddin bin Ibrahim(16.01.1963 – 31.01.1967)
9.Tn Hj Sulaiman bin Hj Mat Tia(01.02.1968 – 31.12.1978)
10.Tn. Sheikh Omar bin Sheikh Osman( 01.01.1979– 31.12.1979)
11.En. Abu Bakar bin Zainal Abidin(01.01.1980 – 31.06.1983)
12.En. Bahar bin Mohd Salim(12.09.1983 – 15.10.1987)
13.En. Omar bin Merhali(16.10.1987 - 15.09.1992)
14.En. Said bin Tok(16.09.1992 - 15.05.1995)
15.En. Ismil bin Hj Muhammad(16.05.1995 – 15.08.1997)
16.En. Riza b. Hj Mohamad Shah(16.08.1997-15.04.2003)
17.En. Ismil bin Hj Muhammad(16.04.2003 - sekarang)

'JASAMU AMAT DIHARGAI'

Kejohanan Olahraga Kali ke 33

Mohon maaf kerana agak lewat untuk menyiarkan laporan tentang Kejohanan Olahraga kali ke 33.Kejohanan ini telah dilangsungkan pada Hari Ahad (08.02.2009) yang lalu.Menjadi kebiasaan,lokasinya adalah di Padang Belia Tasik Paya Bungor yang jaraknya hampir 3 kilometer dari sekolah.Jauhkan?Masalah jarak bukan penghalang untuk tidak mengadakan sukan sekolah.Mesti dilaksanakan.Ianya dapat memberi pengalaman kepada pelajar.
Tahniah kepada Rumah Dol Said(Rumah Merah) yang menjadi Johan keseluruhan kejohanan kali ini.Tahniah Juga semua guru rumah sukan yang bertungkus-lumus untuk memastikan rumah masing-masing akan menjadi juara.Imej,maruah dan semangat perlu dijaga.Rumah Dato Bahaman(Rumah Kuning) yang pada awalnya sentiasa mengungguli carta,tiba disaat-saat akhir telah dipintas oleh Rumah Dol Said.Kesian!Apa cerita Rumah Maharajalela dan Rumah Mat Kilau?
Kedua-dua rumah ini sentiasa bersaing rapat antara satu sama lain.Namun tuah akhirnya singgah kepada Rumah Maharajalela(Rumah Biru) menduduki tempat ketiga dan Rumah Mat Kilau (Rumah Hijau) berada di tempat keempat.
Pihak Sekolah ingin merakamkan rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk menjayakan kejohanan ini seperti semua guru,AJK PIBG,RELA,JKKK,YB DUN,YB Dato' Parlimen,YH Dato' Ketua Bahagian UMNO Paya Besar,YH Dato' Pengerusi LKPP,mereka yang menyumbang kewangan dan tenaga .
InsyaAllah,dikesempatan yang lain,akan disiarkan keputusan penuh bagi setiap rumah dan gambar-gambar yang telah dirakam oleh Jurugambar bertugas.Dan jika ingin mendapatkan luahan rasa daripada Cikgu Fazlin bolehlah layari http://adibabrar.blogspot.com/