Selasa, 9 Jun 2009

HARI KELUARGA

Kelab Guru dan Kakitangan SK Paya Bungor akan menganjur Program Hari Keluarga pada 11 Jun 2009(Khamis) hingga 13 Jun 2009(Sabtu).Istimewanya Hari Keluarga kali ini akan diadakan di luar negara iaitu Singapura.

Hampir 85 peserta akan menyertai lawatan ini yang terdiri daripada ahli keluarga guru dan PIBG.Pergerakkan secara konvoi akan bermula dari Masjid KIPSAS menuju ke Johor melalui daerah Pekan dan Rompin.Konvoi akan bermalam di Hotel Seri Malaysia di Johor Bahru.Keesokan harinya,2 buah bas akan digunakan untuk memasuki Singapura.Lawatan selama satu hari suntuk dan bergerak keluar dari Singapura jam 10 malam.

Nantikan berita selanjutnya selepas kami pulang dari Singapura.