Khamis, 20 Mac 2014

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2014

Tarikh   : 19 Mac 2014
Hari      : Rabu
Masa    :10.35pagi hingga 2.05petang
Tempat : Kawasan  persekitaran sekolah






















PROGRAM BERKUNJUNG KASIH IBUBAPA PELAJAR TAHUN 6 SIRI 2/2014

Tarikh: 17 Mac 2014Hari    : IsninMasa  : 8.00pagi hingga 11.30pagiTempata: Bilik Gerakan SK Paya Bungor 













Khamis, 27 Februari 2014

MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA/ PENJAGA

PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 DAN 2016

Semua permohonan penempatan kanak2 masuk ke sekolah rendah hanya boleh dibuat seawal DUA TAHUN sebelum kanak-kanak itu bersekolah:

1. kanak-kanak yang lahir 02.01.2008 hingga 01.01.2009 untuk sesi persekolahan 2015

2. kanak-kanak yang lahir 02.01.2009 hingga 01.01.2010 untuk sesi persekolahan 2016

Permohonan Penempatan boleh dibuat mulai tarikh :

Tarikh   : 01 MAC 2014 hingga 30 MAC 2014
Hari       : Hari Bekerja
Masa     : 8.30am hingga 4.30pm
Tempat  : di mana sekolah anak nak ditempatkan

apa yang perlu dibawa?

1. sijil lahir anak
2. Kad pengenalan ibu dan ayah/ penjaga
3. Bukti alamat tempat tinggal(Bil air/TNB/dokumen yang berkenaan jika perlu)

Rabu, 12 Februari 2014

TAHNIAH....TAHNIAH...TAHNIAH...


KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KUANTAN 2014
BAWAH 12 TAHUN

Tahniah  atas pencapaian yang membanggakan kepada pasukan merentas desa sekolah khasnya kepada adik Muhammad Nurazamuddin Bin Mohd Labidin yang berjaya mengondol tempat kedua dan seterusnya mewakili daerah Kuantan ke peringkat negeri yang dilangsungkan di daerah Cameron Highland pada 20 hingga 23 Feb 2014 nanti.

Pasukan Merentas Desa sekolah dianggotai seramai 8 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan ini telah dilatih oleh Cikgu Khairul Nizam Aseh semenjak bulan Januari 2014 lagi.Pasukan ini turut mendapat sokongan yang tidak belah bagi daripada En Dzulhatta Hj Tahar(YDP PIBG SK Paya Bungor) yang telah menyumbangkan kasut kepada ke semua atlit dan En Mohd Zamri Aziz yang telah menyumbangkan minum dan sarapan pagi sepanjang latihan dijalankan.

Tahniah sekali lagi dan rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan sokongan dan galkkan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Adik Muhammad Nurazamuddin Bin Mohd Labidin(berbaju biru) 

Saya Naib Johan Daerah Kuantan

DAHAGA: selepas menamatkan larian

ATLET SK PAYA BUNGOR:cuba cari

Jurulatih(En Kharul Nizam Aseh bersama pasukan sekolah:Tahniah,bro!!!

Rabu, 18 Disember 2013

SETELAH SEKIAN LAMA

Setelah sekian lama blog ini tidak diupdate kerana masalah terlupa kata laluan,akhirnya ilham datang dan kata laluan timbul kembali.Insya Allah,admin akan melantik sub2 admin utk menceriakan kembali blog ini.
InsyaAllah,blog ini akan bermaklumat khasnya kpd warga sekolah dan bekas2 warga SK Paya Bungor.wassalam..

Selasa, 9 Jun 2009

HARI KELUARGA

Kelab Guru dan Kakitangan SK Paya Bungor akan menganjur Program Hari Keluarga pada 11 Jun 2009(Khamis) hingga 13 Jun 2009(Sabtu).Istimewanya Hari Keluarga kali ini akan diadakan di luar negara iaitu Singapura.

Hampir 85 peserta akan menyertai lawatan ini yang terdiri daripada ahli keluarga guru dan PIBG.Pergerakkan secara konvoi akan bermula dari Masjid KIPSAS menuju ke Johor melalui daerah Pekan dan Rompin.Konvoi akan bermalam di Hotel Seri Malaysia di Johor Bahru.Keesokan harinya,2 buah bas akan digunakan untuk memasuki Singapura.Lawatan selama satu hari suntuk dan bergerak keluar dari Singapura jam 10 malam.

Nantikan berita selanjutnya selepas kami pulang dari Singapura.

Khamis, 7 Mei 2009

BULAN MEI

Setiap tahun,bulan Mei amat ditunggu oleh warga pendidik.Bulan perayaan bagi warga pendidik.Malahan,tempiasnya juga turut dirasai oleh para pelajar.

Bagi warga SK Paya Bungor,bulan Mei adalah bulan yang istimewa.Mengapa?Mungkin itu yang tanya oleh banyak orang.Selain Perayaan Hari Guru, bulan Mei juga merupakan bulan tertubuhnya SK Paya Bungor.Pastinya ramai yang tidak sedar akan hal ini.Imbas kembali 84 tahun yang lalu,SK Paya Bungor telah ditubuhkan bagi memberi ruang kepada penduduk disekitar sekolah untuk mendapatkan pendidikan.Satu ruang pendidikan secara rasmi bagi memberi peluang warga kampung untuk mendapatkan ilmu.

05 Mei 1925,tarikh keramat dimana SK Paya Bungor ditubuhkan.84 tahun yang lalu,sudah ramai yang keluar dengan ilmu dan berjaya dalam hidup.Mencapai cita-cita dan seterusnya menabur bakti kepada tanah air.Begitu ramai.Ada yang telah bergelar Dato',Datin,doktor,cikgu dan sebaginya.Malahan,ada juga warga pendidik yang berjaya meningkatkan kedudukan dengan bermulanya di sini,SK Paya Bungor.Pasti ada.Sudah begitu ramai warga pendidik yang menabur bakti di sini.Tidak tersenarai agaknya.Begitu juga dengan para pelajarnya.Begitu ramai.Di manakah mereka semua.Adakah SK Paya Bungor masih melekat di memori mereka?Jika ada,lihat-lihatlah gambar yang sempat dirakam.Renungkanlah...Imbas kembali kenangan di SK Paya Bungor. Dan fikirkanlah... sumbangan besar yang diberi oleh SK Paya Bungor sehingga mengubah wajah perjalanan hidup anda.Juga fikirkalah...apakah sumbangan anda untuk 'orang tua' ini.Sesekali...jengoklah sebuah sekolah di pinggir bandar ini.

16 Mei,sekali lagi menjelma.Warga pendidik sibuk merencanakan pelbagai aktiviti.Pastinya..Sambutan Perayaan Hari Guru akan disambut pada 18 Mei 2009(Isnin).Persiapan sedang rancak dirancang.

Buat semua warga pendidik seluruh negara khasnya Warga Pendidik SK Paya Bungor diucapkan SELAMAT HARI GURU.Buat SK Paya Bungor..SELAMAT HARI LAHIR..