Rabu, 12 Februari 2014

TAHNIAH....TAHNIAH...TAHNIAH...


KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KUANTAN 2014
BAWAH 12 TAHUN

Tahniah  atas pencapaian yang membanggakan kepada pasukan merentas desa sekolah khasnya kepada adik Muhammad Nurazamuddin Bin Mohd Labidin yang berjaya mengondol tempat kedua dan seterusnya mewakili daerah Kuantan ke peringkat negeri yang dilangsungkan di daerah Cameron Highland pada 20 hingga 23 Feb 2014 nanti.

Pasukan Merentas Desa sekolah dianggotai seramai 8 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan ini telah dilatih oleh Cikgu Khairul Nizam Aseh semenjak bulan Januari 2014 lagi.Pasukan ini turut mendapat sokongan yang tidak belah bagi daripada En Dzulhatta Hj Tahar(YDP PIBG SK Paya Bungor) yang telah menyumbangkan kasut kepada ke semua atlit dan En Mohd Zamri Aziz yang telah menyumbangkan minum dan sarapan pagi sepanjang latihan dijalankan.

Tahniah sekali lagi dan rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat dan memberikan sokongan dan galkkan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Adik Muhammad Nurazamuddin Bin Mohd Labidin(berbaju biru) 

Saya Naib Johan Daerah Kuantan

DAHAGA: selepas menamatkan larian

ATLET SK PAYA BUNGOR:cuba cari

Jurulatih(En Kharul Nizam Aseh bersama pasukan sekolah:Tahniah,bro!!!