Sabtu, 28 Februari 2009

SENARAI AJK PIBG SESI 2009/2010


Pagi tadi(28.02.2009),tepat jam 11.00 pagi selepas majlis perasmian,Mesyuarat Agung PIBG telah berlangsung.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Shamsuddin Bin Ahmad,bekas YDP sesi 2008/2009.

Di dalam mesyuarat ini,ahli mesyuarat telah bersetuju untuk membayar Yuran Tambahan sebanyak RM 30.50(pakej B)dan juga bersetuju untuk membayar Yuran PIBG sebanyak RM 10.00 sekeluarga serta RM 10.00 sekeluarga sebagai Tabung Pendidikan PIBG.

Selain itu,pelantikan AJK sesi 2009/2010 juga telah diadakan.InsyaAllah senarai penuh AJK PIBG akan dipaparkan di sini setelah mendapat senarai penuh daripada Setiasaha yang baru dilantik.

Mesyuarat Agung kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Abdul Manan BIn ISmail,Ahli Parlimen Paya Besar.

Tahniah kepada semua JK yang dapat memastikan mesyuarat agung kali ini dapat dijalankan dengan teratur dan lancar khasnya setiausaha sesi 2008/2009 (En Zanoon Al-Masri Hamzah) yang banyak memainkan peranannya.


SENARAI AJK PIBG 2009/2010


PENASIHAT : EN ISMIL HJ MHAMMAD,PJK,PKC

(GURU BESAR)


YANG DIPERTUA : EN HUSIN BIN OSMAN


NAIB YANG DIPERTUA : EN TAJUDDIN BIN ISMAIL


SETIAUSAHA : EN ZANOON AL-MASRI BIN HAMZAH


BENDAHARI : EN BASRI BIN OMAR

AJK :

1. EN BISMI BIN SUBOH


2. EN MAT LAZIM BIN HJ MAT YUSOF


3. EN MOHAMAED SAFIAN BIN TAN SULAIMAN


4. EN MOHD BIN BEDOL


5. ZAMRI BIN AZIZ


6. PN HASIMAH BINTI IBRAHIM


7. EN NAPIS BIN MOHAMAD


8. EN AZMAN BIN YAHYA


9. PN DARA


JURUAUDIT :


1. WAN SAUFI


2. PN RUSNAYATI BINTI ABDUL MANAF



Jumaat, 27 Februari 2009

PENGUNDIAN

PIHAK KAMI AMAT BERHARAP KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG INI,KHASNYA KEPADA WARGA SK PAYA BUNGOR AGAR DAPAT MELONTARKAN IDEA UNTUK MENCADANGKAN TOPIK PENGUNDIAAN.SEGALA TOPIK HENDAKLAH BERKAITAN DENGAN DUNIA PENDIDIKAN,BERKAITAN DENGAN WARGA SK PAYA BUNGOR DAN TIDAK MELANGGAR BATAS-BATAS AGAMA,BERSIFAT PERKAUMAN,TIDAK MELANGGAR PERLEMBAGAAN DAN SEWAKTU DENGANNYA.

APA PUN,PIHAK KAMI BERHAK UNTUK MENOLAK/MENERIMA IDEA YANG DILONTARKAN.


SEKIAN.

Khamis, 26 Februari 2009

MAKMAL ICT

Setelah peralatan Makmal ICT dipindahkan ke tempat yang selamat sebelum cuti akhir tahun 2008,pada minggu ini,makmal ICT sudah beroperasi sepenuhnya pada minggu ini.Talian internet sudah boleh digunakan.Peralatan makmal ICT seperti komputer,LCD dan beberapa alatan lain telah siap sedia digunakan oleh pelajar untuk P&P.
Di bawah pengurusan baru,adalah diharapkan makmal ICT dapat digunakan seoptimum mungkin tetapi di dalam kawalan.Beberapa program dapatlah dirancang untuk memberi kemahiran kepada semua warga SK Paya Bungor.
Penyelaras Makmal ICT akan menghadiri taklimat mengenai alatan ICT.Semoga ilmu yang dapat nanti,bolehlah digunakan untuk menCEMERLANGkan MICT SK Paya Bungor.

"PERMUAFAKATAN MURNI TERAS KECEMERLANGAN"

Isnin, 16 Februari 2009

KGK FC


Tahniah KGK FC yang berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir semasa Perlawanan Bola Sepak 9 sebelah anjuran Persatuan Belia 4B Kg Paya Bungor pada Hari Ahad(15 Febuari 2009).

KGK FC bolos tiga jaringan kepada Pasukan Kg New Zealand .Apapun, tahniah kepada mereka yang telah bermandikan peluh untuk menempatkan nama KGK FC.Tahniah sekali lagi.Ingatlah .....
PERMUAFAKATAN MURNI TERAS KECEMERLANGAN

Selasa, 10 Februari 2009

SEJARAH SK PAYA BUNGOR

Sekolah Kebangsaan Paya Bungor ini sebelumnya di panggil Sekolah Melayu Ulu Lepar. Sekolah Melayu Ulu Lepar mula dibuka pada 5 Mei 1925. Ia terletak di Bekelah berhampiran dengan Sungai Berkelah iaitu 7 kilometer dari Kampung Paya Bungor.

Bilangan pelajar pertama sekolah ini lebih kurang 29 orang.Guru Besar pertama sekolah ini ialah En Abd Rahman Bin Hj Muhammad. Bangunan ini telah dihanyutkan oleh banjir besar pada tahun 1927 dan satu lagi bangunan baru telah dibina dan dirikan di Keledang berhampiran dengan Sungai Lepar bagi mengantikan banguan yang telah dihanyutkan oleh banjir. Pada tahun 1927, pelajar perempuan mula diterima belajar iaitu seramai 6 orang.

Pada zaman pemerintahan zaman Jepun, sekolah ini berjalan seperti biasa setelah ditutup untuk hampir 2 tahun. Ia dibuka semula pada 1 Oktober 1943. Guru Besar pada masa itu ialah En Wan Abd Rahman b. Wan Abd Rashid.
Bangunan di Keledang dipindahkan ke Paya Bungor dengan kerjasama daripada penduduk tempatan sejauh 6 kilometer. Sekolah ini ditutup semula pada zaman darurat dan dibuka semula pada Tahun 1951. Guru Besarnya pada masa itu ialah En. Sulaiman b. Mat Tia. Beliau telah menukar nama sekolah ini kepada “ Sekolah Kebangsaan Paya Bungor”. Nama ini diambil bersempena sejenis nama pokok yang banyak terdapat di paya –paya dalam kampung ini iaitu ‘Pokok Bungor’.

Pada Tahun 1968, sekolah ini telah mendapat satu lagi bangunan baru menggantikan bangunan Tahun 1927 yang dipindahkan dari Keledang.

Kini, Sekolah Kebangsaan Paya Bungor mempunyai 2 bangunan satu tingkat dan satu blok bangunan 4 tingkat. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti makmal ICT, pusat sumber sekolah, koperasi, bangunan pra – sekolah, surau, bilik kesihatan, bilik j–QAF dan lain –lain lagi yang dapat memberi kemudahan yang selesa kepada murid-murid dan warga SK Paya Bungor keseluruhannya..

SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SINI.


1.En. Abd Rahman bin Hj Muhammad(15.05.1925 - 1927)
2.En. Ahmad bin Osman(1927 – 30.04.1935)
3.En. Ismail bin Abdullah(01.05.1935 – 12.12.1937)
4.En. Wan Abdul Rahman bin Abd. Rashid(13.12.1937 – 31.12.1949)
5.En. Mohamad bin Yunus(01.05.1950 – 13.08.1950)
6.En Sulaiman bin Mat Tia(15.05.1951 – 11.01.1961)
7.En. Mohd Salleh bin Hassan(12.01.1961 – 03.08.1962)
8.En. Shamsuddin bin Ibrahim(16.01.1963 – 31.01.1967)
9.Tn Hj Sulaiman bin Hj Mat Tia(01.02.1968 – 31.12.1978)
10.Tn. Sheikh Omar bin Sheikh Osman( 01.01.1979– 31.12.1979)
11.En. Abu Bakar bin Zainal Abidin(01.01.1980 – 31.06.1983)
12.En. Bahar bin Mohd Salim(12.09.1983 – 15.10.1987)
13.En. Omar bin Merhali(16.10.1987 - 15.09.1992)
14.En. Said bin Tok(16.09.1992 - 15.05.1995)
15.En. Ismil bin Hj Muhammad(16.05.1995 – 15.08.1997)
16.En. Riza b. Hj Mohamad Shah(16.08.1997-15.04.2003)
17.En. Ismil bin Hj Muhammad(16.04.2003 - sekarang)

'JASAMU AMAT DIHARGAI'

Kejohanan Olahraga Kali ke 33

Mohon maaf kerana agak lewat untuk menyiarkan laporan tentang Kejohanan Olahraga kali ke 33.Kejohanan ini telah dilangsungkan pada Hari Ahad (08.02.2009) yang lalu.Menjadi kebiasaan,lokasinya adalah di Padang Belia Tasik Paya Bungor yang jaraknya hampir 3 kilometer dari sekolah.Jauhkan?Masalah jarak bukan penghalang untuk tidak mengadakan sukan sekolah.Mesti dilaksanakan.Ianya dapat memberi pengalaman kepada pelajar.
Tahniah kepada Rumah Dol Said(Rumah Merah) yang menjadi Johan keseluruhan kejohanan kali ini.Tahniah Juga semua guru rumah sukan yang bertungkus-lumus untuk memastikan rumah masing-masing akan menjadi juara.Imej,maruah dan semangat perlu dijaga.Rumah Dato Bahaman(Rumah Kuning) yang pada awalnya sentiasa mengungguli carta,tiba disaat-saat akhir telah dipintas oleh Rumah Dol Said.Kesian!Apa cerita Rumah Maharajalela dan Rumah Mat Kilau?
Kedua-dua rumah ini sentiasa bersaing rapat antara satu sama lain.Namun tuah akhirnya singgah kepada Rumah Maharajalela(Rumah Biru) menduduki tempat ketiga dan Rumah Mat Kilau (Rumah Hijau) berada di tempat keempat.
Pihak Sekolah ingin merakamkan rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk menjayakan kejohanan ini seperti semua guru,AJK PIBG,RELA,JKKK,YB DUN,YB Dato' Parlimen,YH Dato' Ketua Bahagian UMNO Paya Besar,YH Dato' Pengerusi LKPP,mereka yang menyumbang kewangan dan tenaga .
InsyaAllah,dikesempatan yang lain,akan disiarkan keputusan penuh bagi setiap rumah dan gambar-gambar yang telah dirakam oleh Jurugambar bertugas.Dan jika ingin mendapatkan luahan rasa daripada Cikgu Fazlin bolehlah layari http://adibabrar.blogspot.com/

Sabtu, 7 Februari 2009

SIBUK

Hari kebanyakkan guru agak sibuk khasnya JK Kejohanan Olahraga Sekolah bagi kali ke 33 ini.JK Peralatan sibuk menyediakan peralatan untuk dibawa ke Padang Belia Tasik Paya Bungor(jauhnya kira-kira 2 km dari sekolah)pada hari esok(Sabtu).Esok merupakan gotong-royong padang.Pada hari ini juga Mesyuarat JK KGK juga turut diadakan untuk merancang aktiviti tahunan KGK.Apa keputusan mesyuarat akan dimaklumkan kepada semua guru dan staf pada minggu depan.Nampak gayanya JK Lawatan KGK pasti sibuk pada hari-hari mendatang.Pada hari ini juga,perjumpaan guru-guru rumah sukan dengan ahli-ahli rumah juga diadakan selepas rehat.Perjumpaan untuk hari terakhir sebelum kejohanan diadakan.Pastinya,pelbagai strategi akan diatur oleh guru dengan para pelajar nanti.Maklumlah,semuanya nak menang.Lagi pun kedudukan mata rumah sukan tidak jauh bezanya.
Esok adalah gotong-royong padang.Pihak sekolah menjemput para ibu bapa untuk turut serta bagi sama-sama bergotong-royong di padang nanti.Harap para AJK PIBG,JKKK semua kampung dan guru akan sama-sama turun untuk bergotong-royong.Walau pun sukan kali ini diadakan secara kecil-kecilan namun diharapkan meriah dan pengurusannya adalah terbaik dan sempurna.Pastinya,SU Sukan akan diuji corak pengurusannya.Apa pun...
PERMUAFAKATAN MURNI TERAS KECEMERLANGAN.

Khamis, 5 Februari 2009

SEPAK TAKRAW

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Sepak Takraw sekolah yang berjaya menduduki tempat ketiga ketika mewakili Zon Perkasa.Sebelum ini Pasukan Sepak Takraw sekolah telah mendapat tempat kedua ketika pertandingan di peringkat Kelompok 4B.Malah lebih membanggakan,pasukan ini merupakan regu utama ketika mewakili Zon Perkasa.Diharapkan ada pemain-pemain ini yang akan terpilih untuk mewakili Daerah Kuantan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini sehingga ada pemain sekolah yang berjaya mewakili Negeri Pahang .Apapun,tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat daripada pemain,jurulatih,pentadbir,GPK KO dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak bagi kejayaan ini.

Ingatlah....Permuafakatan Murni Teras Kecemerlangan.

Bola Jaring

SK Paya Bungor telah menghantar pasukan bola jaring bagi pertandingan peringkat Zon Perkasa.Walaupun telah berusaha dengan latihan secara intensif selama hampir 3 minggu,namun pasukan bola jaring hanya berjaya sehingga ke peringkat suku akhir sahaja.Pasukan sekolah telah tewas tipis kepada pasukan Bola Jaring SK Wira dengan perbezaan satu gol sahaja.(6-5).Apapun diharapkan para pemain dan jurulatih tidak patah semangat.Usaha lagi untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi lagi.Ingatlah...Permuafakat Murni Teras Kecemerlangan.

Rabu, 4 Februari 2009

TAHNIAH

Tahniah kepada semua yang telah menjaya Acara Lontar Peluru pada petang tadi.Walaupun bumi dibasihi hujan sebaik sahaja acara hendak dimulakan tetapi ia tidak mematahkan semangat semua peserta dan guru.Acara Lontar Peluru ini merupakan salah satu acara sempena Kejohanan Olahraga SK Paya Bungor bagi kali ke 33.Pada hari ini, acara lontar peluru telah didahulukan dan mata rumah sukan juga telah mula dikumpulkan.Tahniah kepada Rumah Kuning(DatoBahaman) yang telah mendahului dalam pungutan mata pada hari ini.Berikut adalah senarai mata yang telah dikumpul bagi setiap rumah sukan.
  1. Rumah Kuning dengan mata terkumpul sebanyak 290 mata
  2. Rumah Hijau dengan mata terkumpul sebanyak 190 mata
  3. Rumah Biru dan Rumah Merah mengumpul mata yang sama banyak iaitu sebnayak 180 mata.

Harap selepas ini,guru rumah sukan akan mula mencongak strategi untuk mengumpul mata yang banyak dan seterusnya akan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan.

Tahniah semua dan jangan lupa untuk melayari blog Cikgu Fazlin dialamat http://adibabrar.blogspot.com/

Mukadimah



Salam hormat kepada semua yang membaca atau terjumpa blog ini.


Sebagai sebuah institusi pendidikan,pihak kami berharap apa yang dipaparkan akan memberi sedikit maklumat kepada guru,pelajar dan ibu bapa serta para pembaca khasnya mereka yang berkaitan dengan SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA BUNGOR.


SK Paya Bungor merupakan sebuah sekolah luar bandar di daerah Kuantan,Pahang.Sekolah ini sudah berusia hampir 85 tahun.Pelajarnya tidaklah ramai sangat,lebih kurang 301 orang dengan bilangan gurunya seramai 26 orang.

Rasanya cukuplah untuk hari ini.Jangan lupa,pada petang ini akan diadakan latihan Rumah Sukan serta pertandingan awal bagi acara Lontar Peluru bagi semua kategori.Guru Rumah pasti akan menghangatkan suasana nanti.