Khamis, 7 Mei 2009

BULAN MEI

Setiap tahun,bulan Mei amat ditunggu oleh warga pendidik.Bulan perayaan bagi warga pendidik.Malahan,tempiasnya juga turut dirasai oleh para pelajar.

Bagi warga SK Paya Bungor,bulan Mei adalah bulan yang istimewa.Mengapa?Mungkin itu yang tanya oleh banyak orang.Selain Perayaan Hari Guru, bulan Mei juga merupakan bulan tertubuhnya SK Paya Bungor.Pastinya ramai yang tidak sedar akan hal ini.Imbas kembali 84 tahun yang lalu,SK Paya Bungor telah ditubuhkan bagi memberi ruang kepada penduduk disekitar sekolah untuk mendapatkan pendidikan.Satu ruang pendidikan secara rasmi bagi memberi peluang warga kampung untuk mendapatkan ilmu.

05 Mei 1925,tarikh keramat dimana SK Paya Bungor ditubuhkan.84 tahun yang lalu,sudah ramai yang keluar dengan ilmu dan berjaya dalam hidup.Mencapai cita-cita dan seterusnya menabur bakti kepada tanah air.Begitu ramai.Ada yang telah bergelar Dato',Datin,doktor,cikgu dan sebaginya.Malahan,ada juga warga pendidik yang berjaya meningkatkan kedudukan dengan bermulanya di sini,SK Paya Bungor.Pasti ada.Sudah begitu ramai warga pendidik yang menabur bakti di sini.Tidak tersenarai agaknya.Begitu juga dengan para pelajarnya.Begitu ramai.Di manakah mereka semua.Adakah SK Paya Bungor masih melekat di memori mereka?Jika ada,lihat-lihatlah gambar yang sempat dirakam.Renungkanlah...Imbas kembali kenangan di SK Paya Bungor. Dan fikirkanlah... sumbangan besar yang diberi oleh SK Paya Bungor sehingga mengubah wajah perjalanan hidup anda.Juga fikirkalah...apakah sumbangan anda untuk 'orang tua' ini.Sesekali...jengoklah sebuah sekolah di pinggir bandar ini.

16 Mei,sekali lagi menjelma.Warga pendidik sibuk merencanakan pelbagai aktiviti.Pastinya..Sambutan Perayaan Hari Guru akan disambut pada 18 Mei 2009(Isnin).Persiapan sedang rancak dirancang.

Buat semua warga pendidik seluruh negara khasnya Warga Pendidik SK Paya Bungor diucapkan SELAMAT HARI GURU.Buat SK Paya Bungor..SELAMAT HARI LAHIR..