Isnin, 2 Mac 2009

BARISAN GURU 2009

(Duduk dari kiri: Pn Wahidah Ariani Mat Wahi,En Mohd Bin Bedol(PK KO) En Mohamed Safian Tan Sulaiman(PK 1),En Ismil Hj Muhammad(GB),En Ab Ghani Yusof(PK HEM), En Salman Jusoh,En Mohd Kamarulzaman Ismail,Pn Taqwafiza Tajudddin)
(Berdiri dari kiri: Pn Nurazlina Che Muda,Pn Siti Rafidah Abd Rahman, Pn Zizie Hana Hj Mamat,Pn Nuraidawati Abdul Manaf,Pn Juwariah Ibrahim, Pn Roshidah Daud,Pn Rozita Mansor,Pn Salina Abd Gahafar,En Zaidi Alias,En Syahril Salleh, En Nazrul Abd Malik,En Mohd Nazri Che Hassan,En Mohd Fazley Abd Latif, En Zanoon Al-Masri Bin Hamzah,En Maizul-Azlan Umar,En Mohd Fazlin Idris, En Mohd Daud Idris)
Tiada dalam gambar: Pn Hamidah Ibrahim

SEMANGAT WIRA SERI KELEDANG

ANUGERAH SEMANGAT WIRA SERI KELEDANG

Tujuan/Objektif

1. Ia merupakan satu penghargaan kepada guru yang telah menunjukkan kesungguhan dan
membuktikan keupayaan serta kebolehan mereka yang telah meletakkan nama
SK Paya Bungor sama taraf dan setanding di peringkat daerah,negeri dan kebangsaan.

2. Memberi pengiktirafan pihak pentadbir sekolah terhadap usaha gigih yang tidak
mengenal erti penat dan putus asa melalui berbagai corak program dan aktiviti
kecemerlangan pelajar dan latihan.

3. Satu penghargaan sebagai motivasi kepada semua guru untuk terus menunjukkan
kegigihan dan usaha yang berterusan bagi mendidik,membimbing,memimpin pelajar ke
arah kecemerlangan melalui perancangan rapi dan kajian tindakan.


RASIONAL

1. Aktiviti penganugerahan sebagai kesinambungan program daripada peringkat negeri dan daerah yang mengiktiraf pencapaian sekolah dalam P&P UPSR dan aktiviti ko-kurikulum.

2. Satu usaha untuk terus memertabatkan guru-guru yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

3. Guru-guru yang telah berjaya mempamerkan semangat kental dan jitu dalam mendidik anak bangsa di luar bandar yang mampu bersaing di persada daerah, negeri malah kebangsaan.
ANUGERAH

PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN INI DIPANGGIL :

“ANUGERAH SEMANGAT WIRA SERI KELEDANG”

Nama ‘ KELEDANG” diambil daripada nama asal lokasi awal sekolah SEKOLAH MELAYU ULU LEPAR. Sekolah ini mula ditubuhkan pada 5 Mei 1925. KELEDANG terletak kira-kira 6 km dari Kg Paya Bungor.Bangunan awal Sekolah Melayu Ulu Lepar ini diperbuat daripada kayu hutan dan beratapkan nipah dan rumbia.

Kelengkapannyasudah pasti serba kekurangan dan daif. Kesungguhan perjuangan nenak moyang atau ibu bapa pada ketika itu,pastinya menuntut satu semangat juang yang tinggi dan hebat. Berjalan kaki antara 4 hingga 6 kilometer, meredah laluan semak dan belukar dari awal pagi hingga ke lewat petang.

Disinilah (KELEDANG) bermulanya bermulanya satu lonjakan semangat kepintaran,kesedaran dan membina wawasan kejayaan.

Bangunan sekolah di KELEDANG dipindahkan ke Kg Paya Bungor pada 01 Oktober 1943.

Mengambil nama KELEDANG sebagi satu inspirasi dan semangat wira perjuangan para pendidik dan pelajar ketika itu, dan kini , kita semua mewarisi kebanggaannya.
JAWATANKUASA ANUGERAH SEMANGAT WIRA SERI KELEDANG



Pengerusi : GURU BESAR

Setiausaha : SETIAUSAHA KURIKULUM

AJK : 1. GURU PENOLONG KANAN 1
2. GURU PENOLONG KANAN HEM
3. GURU PENOLONG KANAN KO
4. SETIAUSAHA HEM
5. SETIAUSAHA KO
6. SETIAUSAHA PROG.TAHUN 6
7. PENYELARAS PSS(GMP)
8. MANA-MANA PEGAWAI YANG DILANTIK OLEH
GURU BESAR(JIKA PERLU)