Selasa, 10 Februari 2009

Kejohanan Olahraga Kali ke 33

Mohon maaf kerana agak lewat untuk menyiarkan laporan tentang Kejohanan Olahraga kali ke 33.Kejohanan ini telah dilangsungkan pada Hari Ahad (08.02.2009) yang lalu.Menjadi kebiasaan,lokasinya adalah di Padang Belia Tasik Paya Bungor yang jaraknya hampir 3 kilometer dari sekolah.Jauhkan?Masalah jarak bukan penghalang untuk tidak mengadakan sukan sekolah.Mesti dilaksanakan.Ianya dapat memberi pengalaman kepada pelajar.
Tahniah kepada Rumah Dol Said(Rumah Merah) yang menjadi Johan keseluruhan kejohanan kali ini.Tahniah Juga semua guru rumah sukan yang bertungkus-lumus untuk memastikan rumah masing-masing akan menjadi juara.Imej,maruah dan semangat perlu dijaga.Rumah Dato Bahaman(Rumah Kuning) yang pada awalnya sentiasa mengungguli carta,tiba disaat-saat akhir telah dipintas oleh Rumah Dol Said.Kesian!Apa cerita Rumah Maharajalela dan Rumah Mat Kilau?
Kedua-dua rumah ini sentiasa bersaing rapat antara satu sama lain.Namun tuah akhirnya singgah kepada Rumah Maharajalela(Rumah Biru) menduduki tempat ketiga dan Rumah Mat Kilau (Rumah Hijau) berada di tempat keempat.
Pihak Sekolah ingin merakamkan rakaman terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk menjayakan kejohanan ini seperti semua guru,AJK PIBG,RELA,JKKK,YB DUN,YB Dato' Parlimen,YH Dato' Ketua Bahagian UMNO Paya Besar,YH Dato' Pengerusi LKPP,mereka yang menyumbang kewangan dan tenaga .
InsyaAllah,dikesempatan yang lain,akan disiarkan keputusan penuh bagi setiap rumah dan gambar-gambar yang telah dirakam oleh Jurugambar bertugas.Dan jika ingin mendapatkan luahan rasa daripada Cikgu Fazlin bolehlah layari http://adibabrar.blogspot.com/

3 ulasan:

  1. Tahniah rumah merah.Tentu Cikgu Fazley berlagaklah tu.Tapi tak apa,tahun depan kita orang akan merampas kembali kejuaraan tu!

    BalasPadam
  2. annyeong haseyo...
    yah!!!
    mmg pun...
    for sure la...
    dah kenal ckgu fazley cmne...[jgn marah]
    papepun...
    hope my sweet school ni trus maju bla3...
    annyeong!!!

    BalasPadam
  3. Apasal la enkorang ni dengki tk pasal2. dah memang cikgu fazley tu bagus kerja pun sungguh2 dan tekun sbb tu la dia berjaya. istilah berlagak tue tk kena langsung orng yg dengki dn busuk ati memang selalu begitu. tapi memang tabik la selagi cikgu fazley ada kt sk paya bungor selalu menang apa2 pertandingan jarang2 kalah. memang best ar. enkorang tu takut dgn bayang2 kehebatan cikgu fazley nk buat mcm mane cikgu fazley memang dh hebat terima je dgn ati terbuka. HIDUP CIKGU FAZLEY JASAMU TERUS DIKENANG.

    BalasPadam