Sekolah Kebangsaan Paya Bungor mengungguli kejohanan Bola Baling Zon Perkasa bagi kategori perempuan 12 apabila menewaskan SK Permatang Badak dengan 3-0 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Lepar Hilir 3, baru-baru ini. Menurut pengurusnya, Maizul Azlan Umar, pasukan tersebut diwakili 12 peserta perempuan mewakili sekolah yang terdiri daripada murid tahun lima dan enam. “Pada peringkat separuh akhir, pasukan sekolah menewaskan SK Lepar Hilir 1 dengan mata 1-0. Kejayaan ini lebih manis kerana ini merupakan kali pertama sekolah menghantar wakil bagi sukan bola baling,” katanya. Maizul Azlan berkata, kejayaan itu melayakkan pasukan berkenaan mewakili zon bagi perlawanan peringkat daerah yang bakal diadakan. “Saya percaya usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh anak buah saya menghasilkan kejayaan membanggakan,” katanya.
Nota:Dipetik daripada Sinar Harian
Pihak kami amat mengalu-alukan kehadiran para pembaca blog ini.Blog ini dicipta khasnya kepada para ibu bapa,guru dan para pelajar SK Paya Bungor bagi tujuan mendapatkan maklumat dan berita daripada pihak kami.Semoga ia dapat memberi manafaat kepada semua pihak.Kepada pihak lain yang mungkin terjumpa blog ini,diharapkan dapat melontar idea kepada kami sebagai sebuah institusi pendidikan. PERMUAFAKATAN MURNI TERAS TERBILANG
Web master lama dah tak update blog ini?
BalasPadam