Khamis, 5 Februari 2009

SEPAK TAKRAW

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Sepak Takraw sekolah yang berjaya menduduki tempat ketiga ketika mewakili Zon Perkasa.Sebelum ini Pasukan Sepak Takraw sekolah telah mendapat tempat kedua ketika pertandingan di peringkat Kelompok 4B.Malah lebih membanggakan,pasukan ini merupakan regu utama ketika mewakili Zon Perkasa.Diharapkan ada pemain-pemain ini yang akan terpilih untuk mewakili Daerah Kuantan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini sehingga ada pemain sekolah yang berjaya mewakili Negeri Pahang .Apapun,tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat daripada pemain,jurulatih,pentadbir,GPK KO dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak bagi kejayaan ini.

Ingatlah....Permuafakatan Murni Teras Kecemerlangan.

1 ulasan:

  1. tahniah di atas pencapaian pasukan sepak takraw sk paya bungor di atas kemaraan sehingga ke peringkat daerah..selepas mulakan kembali watak sk paya bungor dalam acara sepak takraw dengan mengenalpasti dan menarik minat bakat-bakat baru dari peringkat bawah bermula dengan tahun 2 agar bakat takraw Sk ini tidak berkubur untuk melahirkan permain bertaraf tinggi..sekian

    BalasPadam